Hate him. Love him. Or maybe kill him,
Huaaaa..... Otakku sudah gila.
Ini semua sebab dia.
Si dia yang muncul dalam hidup.
Si dia yang dengan mudah bawa lari separuh hati. Mungkin tak sampai separuhla. Sebahagian kot.
Si dia yang buat aku jadi ketawa , menangis dan menjerit. Err... Menjerit tu sebab aku marah dia.
Haduilaa.... Hati dan perasaan , bukan benda main2.
Silap hari bulan, ada yang makan hati. Macam aku ni haaa.... Tapi, hati tu sedap what. Hati ayam, yang digoreng.
Haahh... Aku merepek lagi.
Oklah, nak dijadikan cerita, aku ada TERjatuh hati pada seseorang ni. Noted it, TERRR
Orangnya gila dan tak matang. Sangat annoying dan menyakitkan hati.
Tak pandai baca keadaan dan tak faham perasaan perempuan.
Penakut, pada barbie. (Seriously, dia memang takutkan barbie.)
Sukakan anpanman. Alaa... Yang katun tu. Yang muka bulat tuuu...yang pipi merah tuu...
Takut pada perempuan jugak. Tapi just takut kalau jumpa depan2. Tapi now tak dahla.
Suka buat teruk dan memperbesarkan masalah yang kecik.
Suka ubah nama orang. Cuba korang bayangkan, nama aku yang senang nak sebut pun dia boleh ubah.
*facepalm*
Dan yang paling penting, manja macam putera katak.
Katak, katak dan katak....
Tapi apa boleh buat, hati ni suka main kejar2 kalau nampak dia. Haihhh....
Nak kata dia tu Jerry, dan aku ni Tom. Memang taklah....
Sebab bukannya aku kejar dia. Dan dia pun bukannya kejar aku.
Betapa merepeknya aku, dua ekor makhluk kartun tu pun jadi mangsa.
Okay, stop merepek.
Betapa malangnya nasib aku, terjatuh hati pada orang tak berperasaan macam dia tu.
Haigooo.... Mati kutu dibuatnya.
Bila dapat tau dia ada suka orang lain.*rsa mcm tadi aku tulis dia takut pompuan.* ohh, betapa patahnya hatiku.
Aku menangis merambu-rambu macam orang mati laki. Aku tak makan 3 hari, berjalan macam zombie dan taknak pergi sekolah. Percaya tak??
Kalau percaya, korang memng daebak laaa...
Dan aku pun memang hebatlah, senang2 tipu korang,
Heeee.... Aku tak buat macam tu laahh... Ingat ni drama melayu ke? Ini realiti , bro.
Aku menangis sorang2 dalam bilik, err... Ruang tamu. Wa duduk asrama laaa, dan bilik wa consist of 20 double decker bed. Ruang tamu la kan.
And orang yang tahu wa nangis just a great senior, bunch of friends yang prihatin and katil wa.
Selepas berhempas pulas melawan perasaan aku ni, aku boleh move on.*gaya macam aku mati laki, sbijik*
Maka sekarang, kalau nampak dia pun, hati aku steady je. Dah tak exercise macam dulu.
Tapi yang parahnya sekarang ni, kalau nampak dia, aku rasa nak giling muka dia.
Haishhh....bahaya nihh...
Sekali tu aku dapat homework, kena tulis pasal love. Apa lagi, aku pun convert la pengalaman aku ni jadi sebuah cerita yang berakhir dengan ending yang tergantung. Kawan aku marah bila dia baca. Cikgu aku pulak gelak je. Aku kan suka buat benda misteri. Heee...
So, terima kasih kepada anda2 yang sudi membaca segala benda yang aku merepek kat sini.
Welcome to Semut Territory!
No comments:
Post a Comment